[VIDEO] Myvi parkir tengah jalan punca sesak

Iklan
Sebuah Myvi parkir tengah jalan tular di laman sosial.

BUTTERWORTH - Pertunjukan bunga api pada malam ambang Tahun Baru 2020 pastinya dinantikan oleh seluruh rakyat di negara ini tidak terkecuali di Pulau Pinang.

Orang ramai berkumpul untuk menonton pertunjukan bunga api yang menerangi langit negeri itu hingga pengunjung terpaksa parkir di tepi jalan.

Iklan
Iklan

Menerusi video dimuat naik di Facebook Penang Kini, memaparkan pengunjung meletakkan kenderaan secara 'triple park'.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian pada video itu kerana terdapat sebuah kereta Perodua Myvi berada di tengah jalan raya hingga mengakibatkan kesesakan jalan raya.

Iklan

Kereta itu dipercayai menghalang laluan apabila kenderaan itu diletakkan secara 'triple park' dan tular di laman sosial.

"Pakat kalut nak tengok bunga api ikut suka je parkir kereta, dahla 'triple park' paling luar, berada di tengah-tengah jalan.

Iklan

"Orang ramai sibuk keluar habis tetapi pemilik kereta ini tak reti-reti ubah lagi keretanya. Dekat sejam tunggu, habis sesak punca sebiji ni. Bahayakan orang lain sungguh nasib baik tak dak yang hentam belakang." menurut status di Facebook tersebut.

Posting itu mendapat perhatian netizen yang menyifatkan situasi itu berbahaya kepada pengguna jalan raya terutama pada malam hari.

Dalam itu, Mohd Azhar Nordin berpendapat,"Pihak berkuasa sewajarnya menutup Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworh (BORR) dari Bagan Ajam sampai susur keluar Padang Bandaran pada malam Tahun Baru dengan malam sambutan Merdeka.

"Parkir tepi 'highway'... mana ada 'highway' yang orang parking sesuka hati melainkan di sini. Sepatut hanya kecemasan saja yang boleh berhenti, benda tak kena kita tak nampak. Bila kena la nanti mana tau ada treler terbabas hilang kawalan masa itu menyesal pun dah tak guna," katanya.

Noraziati Kamaruddin juga mengingatkan kepada orang ramai agar tidak berhenti di tepi Jambatan Pulau Pinang semata-mata mahu melihat bunga api kerana ia boleh mengundang padah.

"Malam tadi tepat 12 tengah malam banyak kereta, motosikal berhenti dekat atas jambatan semata nak tengak bunga api dari Menara Komtar. Bahaya!." katanya.

Sehingga kini video berdurasi 10 saat mencecah 23,000 tontonan dari netizen.