Pemandu maut nahas dua lori

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam lori. Foto BBP Kluang

KLUANG - Seorang pemandu lori maut manakala penumpang serta seorang lagi pemandu lori cedera dalam kemalangan melibatkan dua lori di Kilometer (KM) 65, Jalan Yong Peng-Kluang, pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Noh, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan berkenaan yang melibatkan dua lori jenis Isuzu pada jam 2.31 petang Rabu.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan awal mendapati sebuah lori jenis Isuzu dipandu dari arah Yong Peng ke Kluang, sementara sebuah lagi lori jenis sama, dipandu dari arah Kluang.

"Apabila tiba di laluan berkenaan, lori dari arah Kluang telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori yang menuju ke Kluang.

Iklan
Keadaan lori yang terlibat dalam kemalangan melibatkan dua lori di KM65, Jalan Yong Peng-Kluang, pada Rabu. Foto BBP Kluang

Keadaan itu menyebabkan pemandu lori berkenaan tersepit dan meninggal dunia di lokasi akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, badan dan kaki.

Penumpang dan seorang lagi pemandu lori yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk rawatan lanjut akibat kecederaan di bahagian muka dan kaki.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,