Ashabul Kahfi dan strategi pertahanan
Iklan
BARU-BARU ini kisah Ashabul Kahfi tular dan menjadi isu polemik di media cetak dan elektronik, malah isu tersebut turut menular dan seakan menjadi isu yang dikaitkan dengan politik serta kepartian.
Sedihnya apa yang diperdebatkan sebenarnya tidak lebih dari kekhilafan penggunaan makna atau bahasa bagi mengkategorikan istilah apakah yang perlu diguna pakai merujuk kepada pemuda-pemuda yang ‘ditidurkan’ selama beratus-ratus tahun itu.