Kawalan kandungan digital menerusi undang-undang sahaja tidak mencukupi kerana sentiasa ada pihak yang akan mencari kelompongan (‘loophole’) dari peraturan sedia ada dan mencari jalan mengatasinya.
Sebaliknya, kata Timbalan Pengarah (Penyelidikan) Khazanah Research Institute, Dr Rachel Gong, literasi digital dan media harus ditingkatkan dalam kalangan rakyat agar mereka tahu kesahihan kandungan yang mereka layari.