REDONE Network Sdn Bhd (redONE) meraikan dan menghargai rakan-rakan niaga jualannya di seluruh negara atas pencapaian serta prestasi cemerlang mereka sepanjang 2023 menerusi Pemberian Bonanza Kereta atau Car Bonanza Giveaway (Car Bonanza).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ameen Amaendran berkata, Car Bonanza menampilkan dua kategori iaitu Car Bonanza dan Premier Car Bonanza menjadi acara yang sangat dinanti-nantikan kerana ganjaran lumayan bernilai hampir RM1 juta berbentuk kenderaan elektrik (EV) dan basikal.
"Rakan kongsi jualan perlu mendaftarkan bilangan talian tertentu dan memastikan ia aktif dari 1 Januari hingga 31 Disember 2023. Mereka yang berjaya memenuhi kriteria ini akan berpeluang untuk membawa pulang kereta baharu di bawah kategori Car Bonanza.
"Melebihi kategori Bonanza dan memenuhi kriteria tambahan menawarkan rakan kongsi jualan redONE ganjaran yang lebih besar menerusi Kategori Premier.Insentif wang tunai lebih RM500,000 dan hadiah menarik lain juga akan diberikan dengan rakan jualan berprestasi tinggi berpeluang membawa pulang Tesla Model Y,” jelas kenyataan itu.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, semua rakan jualan redONE di seluruh negara akan diraikan secara gilang gemilang.
Pengiktirafan dan ganjaran untuk kejayaan mereka akan disampaikan pada acara tahunan berprestij, makan malam redONE Star Nite 2024 yang akan diadakan pada 20 Januari 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting (GICC) di Genting Highlands.
Menurut Ameen, Car Bonanza adalah bukti komitmen redONE untuk memupuk bakat dengan menyediakan persekitaran kondusif dan laluan kerjaya yang memberi ganjaran kepada rakan niaga jualannya.
"Mereka berpeluang memenangi hadiah menarik dan insentif wang tunai. Pemberian ini akan memberi inspirasi kepada rakan-rakan niaga kami untuk meneruskan kerja hebat mereka dan untuk orang lain terus berusaha demi kecemerlangan,” kata Ameen.
redONE mengalu-alukan bakal usahawan dan individu yang berminat untuk menjadi rakan niaga jualannya bagi memulakan laluan kerjaya yang memberi ganjaran dan menawarkan potensi pertumbuhan tanpa had dengan peluang memenangi ganjaran serta insentif lumayan yang menarik.
Mereka yang berminat dan ingin mengetahui cara untuk menjadi rakan niaga redONE boleh melayari redone.com.my atau menghubungi Pengurus Saluran pasukan jualan redONE di pejabat negeri masing-masing.