Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2023 meningkat kepada AS$2,076.50 setiap troy auns daripada AS$2,069.20 setiap troy auns pada Rabu manakala kontrak Januari 2024 naik kepada AS$2,085.30 daripada AS$2,079.20 sebelumnya.

Iklan
Iklan

Kontrak bagi Februari 2024, Mac 2024 dan April 2024 semuanya ditutup tinggi pada AS$2,095.00 setiap troy auns daripada AS$2,088.90 setiap troy auns sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 362 lot daripada 236 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 576 kontrak daripada 451 kontrak.

Iklan
Iklan

Menurut London Bullion Market Association pada 27 Disember harga emas fizikal berada pada AS$2069.40 setiap troy aun. - Bernama