Dua maut, Toyota Hilux bawa sawit terjunam tali air

Iklan
Anggota bomba memberi bantuan mengeluarkan mangsa dari kenderaan. Foto Ihsan JBPM Perak, gambar kecil dari kiri: Mior Hairul Adzaha, Ahmad Hazim

PARIT - Dua lelaki maut dipercayai akibat lemas selepas kenderaan dinaiki terbalik ke dalam tali air di Kilometer 2 Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja dekat Kampung Pulau Pisang, Bota Kiri di sini pada Khamis.

Dalam kejadian sekitar jam 11.30 pagi itu, Mior Hairul Adzaha Abdul Hamid, 39, dan rakannya, Ahmad Hazim Baharuddin, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Semasa kejadian, kedua-dua mangsa menaiki pacuan empat roda jenis Toyota Hilux hendak keluar dari sebuah kawasan ladang dengan membawa muatan kelapa sawit.

Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut dilaporkan tergelincir dan jatuh terbalik ke dalam tali air di bahagian kiri jalan sebelum tenggelam.

Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Parit, Asmahisham Ab Aziz berkata, laporan awal diterima pada jam 11.37 pagi memaklumkan terdapat dua mangsa melibatkan pemandu dan penumpang hadapan kenderaan.

Katanya, kedua-dua mangsa itu bagaimanapun tidak tersepit.

Iklan

"Pegawai operasi telah membuat size up bagi memastikan tiada keadaan membahayakan sebelum mengarahkan anggota memberi bantuan mengeluarkan mangsa dari kenderaan.

"Mangsa berjaya di bawa ke atas tebing dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.