KUALA LUMPUR - Rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta bagi iklan dan publisiti dibelanjakan oleh dua kerajaan terdahulu, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Menerusi catatan di media sosial X hari ini, beliau berkata, perbelanjaan tersebut adalah sangat besar.