KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang cuba menggantung dirinya menggunakan tali nilon diarah menjalani rawatan psikiatri di Hospital Permai, Tampoi di Johor oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Arahan dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff selepas tertuduh berusia 38 tahun itu mengangguk faham pertuduhan dibacakan.