Gelagat wanita merajuk jalan kaki, tak pandai siang ikan

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

GELAGAT seorang wanita berjalan kaki diikuti rapat sebuah kereta dari belakang seperti dalam rakaman video yang tular baru-baru ini dipercayai berlaku gara-gara merajuk dengan pasangan.

Tiada siapa yang mempertikaikan tindakan wanita berkenaan kerana rupa-rupanya ramai yang mempunyai pengalaman sedemikian, sama ada di masa awal percintaan mahupun telah lama berumah tangga.

Iklan
Iklan

Bukan sahaja wanita, malah lelaki juga kuat merajuk.

Tapi jarang kita melihat teman lelaki atau suami bersikap demikian di khalayak ramai.

Iklan

Sebagai manusia, sikap merajuk adalah perkara lazim bagi menzahirkan rasa sayang dan inginkan perhatian daripada pasangan.

Maka tak salah merajuk cuma jangan keterlaluan sehingga mengeruhkan lagi hubungan.

Iklan

Jika membawa diri terlalu lama dikhuatiri boleh menambah rasa duka lara dan tawar hati yang akhirnya menjejaskan perhubungan.

Belum reda kisah wanita merajuk, timbul pula gelagat wanita tidak pandai siang ikan yang menimbulkan perdebatan komen di media sosial.

Rata-rata wanita termasuk suri rumah berpandangan bukan satu kemestian untuk mereka tahu menyiang ikan kerana bahan mentah itu boleh dibeli dengan isi perut telah siap dibuang.

Malah, ada yang mengakui tidak diajar atau didedahkan dari kecil selain beranggapan bahawa siang ikan adalah kerja orang lelaki di rumah.

Bagi wanita bekerja, menyiang ikan hanya melambatkan masa menyediakan masakan.

Sebenarnya, bukan soal pandai atau tidak, tetapi siang ikan merupakan satu kemahiran hidup sama ada bagi lelaki atau wanita berbanding sekadar tahu mengupas bawang.

Jadi, belum terlambat untuk belajar siang ikan dan anak-anak juga perlu dilatih membuat kerja di dapur tanpa mengira lelaki atau perempuan.