'Kita jalan terus sahaja ke Qatar 2023'

Iklan
Pemain Harimau Malaya giat menjalani latihan sebagai persediaan mengharungi kempen Piala Asia 2023 di Qatar tahun depan. - Foto Football Association of Malaysia.

SKUAD bola sepak negara perlu menerima hakikat bahawa kedudukan ranking memainkan peranan penting dalam memastikan pasukan Harimau Malaya mendapat lawan setara yang lebih berkualiti dalam perlawanan persahabatan pada masa depan.

Malah, legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail tanpa berselindung mengakui bahawa masih banyak penambahbaikan perlu dilakukan pemain-pemain dalam memastikan permainan Harimau Malaya lebih berkualiti.

Iklan
Iklan

"Ya, saya fahami kekecewaan (Kim) Pan-gon apabila pasukan negara setakat ini hanya berjaya mendapatkan satu perlawanan persahabatan yang secara tidak langsung menyukarkannya menilai kemampuan sebenar pasukan negara untuk temasya Piala Asia di Qatar.

"Kedudukan ranking skuad negara sebenarnya penting kerana itu akan menunjukkan kemajuan sesebuah pasukan yang akan menjadi penilaian lawan.

Iklan

"Tapi secara realiti kita juga harus melihat secara menyeluruh pencapaian pasukan Harimau Malaya terutamanya kualiti di padang dalam beberapa perlawanan antarabangsa sebelum ini yang turut disaksikan pasukan lain,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Laporan Sukan Sinar pada Khamis.

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon sebelum ini mengakui kecewa apabila skuad kendaliannya hanya mendapat satu perlawanan persahabatan menentang Syria sebagai persediaan kempen Piala Asia 2023 Qatar tahun depan.

Iklan

Sebelum ini Harimau Malaya dijadualkan berdepan Arab Saudi sebelum kuasa bola sepak Asia itu membatalkan perlawanan atas permintaan pengendali, Roberto Mancini.

Mengulas lanjut bekas pemain pertahanan Harimau Malaya dan Pahang itu menegaskan, pemain-pemain negara perlu memanfaatkan perlawanan persahabatan menentang Syria sebelum menyingkap kempen Qatar 2023 di Doha.

"Cumanya selepas ini kita perlu kembali fokus memperbaiki kedudukan ranking dengan memberikan aksi terbaik semasa kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

"Pada masa sama, saya percaya Datuk Hamidin Mohd Amin boleh memainkan peranan lebih aktif sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027 dalam 'memujuk' pasukan ranking lebih tinggi mengadakan perlawanan berdepan Harimau Malaya selepas ini,” katanya.

Sebagai rekod, Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia Qatar 2023 akan menyingkap cabaran Kumpulan E menentang Jordan pada 15 Januari diikuti Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan pada 25 Januari.


INFO

Piala Asia Qatar 2023

Ranking Dunia

Kumpulan E

Korea Selatan (23)

Bahrain (86)

Jordan (87)

Malaysia (130)