Keputusan serampang dua mata
Iklan
PERDANA Menteri memiliki prerogatif mutlak untuk merombak Kabinet, namun Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan bertindak selepas mengamati neraca dua pertimbangan ini: pemasaan (timing) dan keperluan politik.
Menurut tinjauan Merdeka Center, sokongan terhadap Anwar jatuh di paras 50 peratus dalam masa setahun, berbanding 65 peratus sewaktu dilantik menjadi Perdana Menteri tahun lepas.