Brighton benam Tottenham 4-2

Iklan
Pervis Estupinan menyumbat gol ketiga Brighton pada minit ke-63. Foto EPA

ENAM gol tercipta semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Amex ketika Brighton & Hove Albion melayan kunjungan Tottenham Hotspur pada Jumaat.

Perlawanan itu berkesudahan The Seagulls menewaskan Spurs dengan jaringan 4-2.

Iklan
Iklan

Anak buah Roberto De Zerbi membuka tirai jaringan menerusi Jack Hinshelwood pada minit ke-11.

Brighton menambah dua lagi jaringan masing-masing menerusi penalti Joao Pedro m-23 dan Pervis Estupinan m-63.

Iklan

Pedro sekali lagi menyempurnakan penalti-75 bagi meletakkan Brighton dihadapan.

Spurs pula menyumabt dua gol menerusi Aljeo Veliz m-81 dan Ben Davies m-85.

Iklan

Sementara itu, De Zerbi gembira dengan keputusan itu dan menganggap ia sebagai hadiah akhir tahun kepada peminat.

"Ya, kami kurang bernasib baik kerana gawang dibolosi dan kami perlu akui kesilapan ini.

"Apa pun, ini adalah persembahan terbaik sepanjang pusingan pertama liga," ujarnya.

Pada masa sama, De Zerbi menegaskan dia menyerahkan kepada lembaga pengarah untuk pembelian pemain baharu pada jendela perpindahan Januari ini.

Katanya, Brighton perlu memperkukuhkan lagi pasukan untuk memberi cabaran pada pusingan kedua EPL.