Dua lelaki maut, dua lagi cedera kereta bertembung lori

Iklan
Pasukan bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau Batu 16 Kimanis, Papar.

PAPAR - Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera termasuk seorang bayi selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Jalan Kimanis-Keningau Batu 16 Kimanis dekat sini pada tengah malam Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Mohd Izuddin Abu Hassan, 32, dan Mohd Kasim Labadillah, 33, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Dua lagi mangsa iaitu seorang wanita mengalami kecederaan parah dan bayinya turut cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BNP) Kimanis Mohd Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.59 tengah malam dan enam anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 12 kilometer.

Iklan

Menurutnya, kemalangan melibatkan dua kenderaan yang bertembung iaitu kereta jenis Proton Persona dan sebuah lori tiga tan.

"Dua lagi mangsa iaitu pemandu dan penumpang di hadapan tersepit sebelum dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan peralatan khas, namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, pemandu lori bersama seorang penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Sementara itu, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 3.15 pagi selepas pasukannya memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi kejadian," katanya.