Khuzaimi nafi anak emas Pan-gon

Iklan
Khuzaimi tekad memikat hati Pan-gon untuk diturunkan beraksi pada Piala Asia bulan depan. Foto FB FAM

PEMAIN pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee enggan memikirkan mengenai 'cakap-cakap' sebagai anak emas jurulatih pasukan negara, Kim Pan-gon setelah kurang menyerlah pada musim ini.

Beliau sebaliknya berkata, mahu fokus kepada skuad Harimau Malaya mengharungi saingan Piala Asia di Qatar bulan depan berbanding mengambil peduli persepsi tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya perlu fikir benda lainlah selain perkara perkara yang boleh membuat saya terganggu,” katanya ketika ditemui media ketika sesi latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya petang Khamis.

Pemain berusia 28 tahun itu menyertai skuad Gergasi Merah dari Negeri Sembilan pada musim ini dengan status sebagai pertahanan paling menyerlah musim lalu.

Iklan

Dia yang menjadi watak penting buat Harimau Malaya sejak tahun lalu bagaimanapun gagal meraih minit permainan yang diharapkan selain berdepan kecederaan ketika Piala AFF tahun lalu.

Malah Khuzaimi mengakui teruja dan terkejut apabila dipanggil menyertai skuad kebangsaan kali ini.

Iklan

"Rasa bersyukur sebab dapat panggilan skuad kebangsaan dan ianya agak terkejut juga bagi saya, sebab semua orang tahukan.

"Saya akan cuba bagi yang terbaiklah kepada jurulatih sebab masih memilih saya untuk mewakili pasukan dan Insya Allah akan bagi segala termampu untuk pasukan,” ujar pemain berusia 30 tahun itu.

Khuzaimi merupakan sebahagian daripada sembilan pertahanan yang dipanggil dalam skuad kali ini.

Turut membarisi benteng pasukan negara ialah Sharul Nazeem Zulpakar, Dion Cools, Corbin Ong, Matthew Davies, Syahmi Safari, Dominic Tan, Daniel Ting dan Junior Eldstal.