Ahmad Fadhli tempelak tindakan Koo Ham

Iklan
Ahmad Fadhli (kiri), Koo Ham

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menempelak tindakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang terus-menerus campur tangan dalam urusan berkaitan hal ehwal agama Islam.

Beliau yang merupakan ahli Parlimen Pasir Mas berkata, tindakan ahli Parlimen Beruas itu tidak mustahil bakal dijadikan alasan untuk beliau meminta perkara-perkara lain berkaitan undang-undang agama Islam juga.

Iklan
Iklan

"Hari ini dia (Koo Ham) minta pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam, selepas ini boleh jadi dia minta pakar bukan Islam dalam Majlis Fatwa pula.

"Tak mustahil tengok anak bulan nanti kena ada pakar daripada kalangan mereka juga.

Iklan

"Itulah, setapak demi setapak. Lontar kenyataan dulu, tengok reaksi dan lama kelamaan normalisasi,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Koo Ham yang meminta kerajaan melibatkan pakar perlembagaan bukan Islam ke dalam jawatankuasa khas tersebut selain turut menjelaskan bahawa langkah itu bertujuan mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan undang-undang dibuat.

Iklan

Ahmad Fadhli dengan sinis memaklumkan, Setiausaha Agung daripada parti lain pula segera menafikan kenyataan terbabit bukan pendirian rasmi orang yang dimaksudkan.

"Setiausaha Agung satu parti yang lain cepat-cepat pula menafikan kenyataan itu bukan pendirian rasmi orang berkenaan.

"Ada pun parti itu sendiri tidak keluarkan apa-apa kenyataan penafian lagi, dia pula jadi ‘lidah rasmi’ untuk ‘control damage’,” ujarnya.