'Jangan terlampau berpolitik' - Hajiji

Iklan
Hajiji ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Perayaan Krismas 2023 anjuran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Penampang.

PENAMPANG - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik cadangan penyatuan parti berasaskan kaum di negeri ini.

Beliau berkata, sudah tiba masanya rakyat Sabah bersatu dalam wadah tempatan dalam masa sama menjaga kepentingan di peringkat nasional.

Iklan
Iklan

"Ini paling penting, kita bersatu dan kita fokus kepada pembangunan negeri Sabah dan rakyatnya," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Perayaan Krismas 2023 anjuran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick yang tidak menolak kemungkinan parti itu menjadi sebahagian penyatuan besar parti tempatan di Sabah.

Iklan

Bagaimanapun Hajiji berkata, semua pihak diminta tidak terlalu berpolitik sebaliknya perlu mendahului keperluan asas rakyat di negeri ini.

"Janganlah kita terlampau berpolitik hingga kita lupa kepada perkara asas iaitu keperluan rakyat kita," katanya.

Iklan

Sebelum itu, mengulas mengenai majlis yang dihadirinya mengambarkan keunikan yang ada di Sabah yang sudah menjadi kebiasaan kepada rakyat di negeri ini.

"Walaupun kita mempunyai kepelbagaian kaum tetapi kita tetap bersatu demi kepentingan bersama dan rakyat di negeri ini.

"Keharmonian dan perpaduan yang ada di Sabah sudah diamalkan sejak dulu lagi, jadi saya berharap program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang," katanya.