PADU tidak integrasi dengan bank - Rafizi

Iklan
Rafizi menunjukkan kad NFC daripada Touch n Go ketika sidang akhbar selepas sesi penerangan kepada Ketua Pengarang Media Massa di Putrajaya pada Jumaat.

PUTRAJAYA - Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tidak diintegrasikan dengan maklumat institusi kewangan ekoran termaktub di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, sistem yang akan dilancarkan pada 2 Januari depan hanya menyediakan maklumat menerusi 290 set data agensi kerajaan.

Iklan
Iklan

"Bank ada Akta Perkhidmatan Kewangan yang tidak membenarkan sebarang perkongsian.

"Jadi kalau orang tanya PADU boleh tahu berapa banyak simpanan (dalam akaun), jawapannya tidak," katanya ketika sidang akhbar selepas sesi penerangan PADU kepada Ketua Pengarang Media Massa, di sini pada Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu Rafizi berkata, PADU merupakan pangkalan data yang menggabungkan semua maklumat daripada jabatan dan agensi kerajaan bagi memberi gambaran seadilnya kedudukan sosioekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.

Rafizi (tengah) bersama Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin (kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi, Datuk Dr Yatimah Sarjiman ketika sidang akhbar selepas sesi penerangan kepada Ketua Pengarang Media Massa di Putrajaya pada Jumaat.

Justeru orang ramai boleh mengemas kini dan mengesahkan maklumat peribadi bermula Selasa depan sehingga 31 Mac 2024 untuk agihan subsidi bersasar selain meminimumkan kumpulan berisiko tercicir.

Iklan

"Tiada tindakan (dikenakan) jika tidak kemas kini data (dalam PADU), tetapi kerajaan hanya akan menggunakan maklumat sedia ada dalam semua pangkalan data untuk menentukan profil isi rumah serta kelayakan (sama ada) dapat atau tidak (subsidi).

"Kalau tak kemas kini tiasa masalah, tetapi kalau tidak dapat (subsidi), jangan marah," ujarnya.

Sementara itu Rafizi memaklumkan, kerajaan turut bekerjasama dengan syarikat Touch n' Go dan pasar raya Mydin untuk memberi ganjaran sebagai insentif galakkan rakyat untuk mengemas kini maklumat dalam PADU.

"Bagi 3,000 orang terawal yang kemas kini dan daftar pada 2 Januari 2024, mereka berpeluang mendapat kad NFC daripada Touch n' Go secara percuma serta diskaun daripada Mydin.

"Kerajaan juga galakkan seberapa banyak peruncit untuk memberi perkhidmatan lain dengan menawarkan ganjaran kepada orang ramai," katanya.