Gibran buktikan tak cepat melatah

Iklan
Kain rentang tersebut dipasang selama beberapa hari di sebuah jalan utama di Surakarta, Jawa Tengah. Gambar kecil: Gibran - Foto: Agensi/AFP (Gambar kecil: Gibran)

JAKARTA - Calon Naib Presiden (cawapres) yang kini menjadi tumpuan umum, Gibran Rakabuming Raka enggan cepat melatah ketika kritikan terhadapnya yang mendapat julukan 'baby nepo' semakin meningkat.

Anak sulung kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi itu menyatakan beliau tidak terkesan dengan kain rentang tertera #SoloBukanGibran yang dipasang selama beberapa hari di sebuah jalan utama di Surakarta, Jawa Tengah.

Iklan
Iklan

Ia jelas memaparkan penolakan terhadap Gibran, namun sepanduk itu dikatakan telah diturunkan.

"Saya tidak kisah," lapor Antara News memetik kenyataannya.

Iklan

Datuk Bandar Solo tersebut yang bergandingan dengan calon Presiden (capres), Prabowo Subianto berkata, beliau masih optimis untuk meraih sejumlah besar undi pada pemilihan akan datang.

Difahamkan, slogan 'Solo Bukan Gibran' dilaungkan penyokong PDI-P di kota tersebut pada awal bulan lalu ketika kunjungan capres, Ganjar Pranowo.

Iklan

Pada awal minggu lalu, Prabowo juga memberikan respons terhadap slogan tersebut ketika bertemu pemimpin komuniti di Aceh.

"Tidak mengapa. Kita harus terlibat dalam proses demokrasi yang tenang. Segalanya akan baik-baik sahaja," menurutnya.

Sementara itu, bekas Wali Kota Surakarta, F X Hadi Rudyatmo menjelaskan beliau tidak tahu-menahu tentang pemasangan kain rentang tersebut.

"Segala bahan yang melibatkan aktiviti kempen pilihan raya sememangnya terletak di bawah kuasa saya. Namun, kami tidak terlibat langsung," jelas Pengerusi PDI-P cawangan Surakarta tersebut.

Tambahnya lagi, mereka sedang menumpukan usaha untuk mempromosikan program perdana tiket capres, Ganjar Pranowo-Mahfud MD. - Agensi


Info

>Surakarta juga dikenali sebagai Solo merupakan kampung halaman Jokowi dan pernah didiami bersama keluarganya. Gibran pernah mengendalikan perniagaan di bandar itu sebelum memulakan karier politik sebagai datuk bandar (wali kota).

>Bandar itu dikenali sebagai 'kubu kuat' Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang menyokong perjalanan politik Jokowi sehingga penggal pemerintahan kedua beliau.