KUCHING - Sarawak telah menerima tambahan kira-kira 1.5 juta liter diesel susulan terputusnya bekalan bahan api itu di beberapa stesen minyak Petronas di negeri itu, baru-baru ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak memaklumkan bahawa penghantaran bahan api itu telah dijalankan oleh syarikat minyak berkenaan hari ini.