SEMPENA kedatangan tahun baharu Isnin ini, DatumCorp International Sdn Bhd (DCI) menganjurkan Datum Munajat, sebuah acara yang menjadi pembuka lebaran kejayaan baharu untuk 2024 bagi Datum Jelatek.
Menurut Pegawai Pemantau Operasi, Tengku Khairil Azwan Tengku Abdul Samad, bagi meraikan ambang tahun baru 2024, pihaknya menganjurkan satu acara yang menghimpunkan himpunan figura Islam seperti Habib Nael Ben Taher, Habib Husein Ja’far, Syeikh Muhammad Siddiq dan Anas Abu Jaish.
Iklan
Iklan
Bukan itu sahaja, ia turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran terkenal seperti Akhil Hayy, Waheeda, Datuk Ramli Sarip, Erma Fatima, Mawi, Oja, Issey dan ramai lagi.
"Datum Munajat adalah sebuah acara untuk masyarakat yang dianjurkan pada 30 dan 31 Disember, manakala pada 1 Januari 2024 akan diadakan New Year Vaganza Datum Idol.
"Acara itu terbuka kepada masyarakat berbilang kaum untuk menyertainya,” katanya.
Tambah Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat merangkap penasihat acara, Suzana Zakaria, kelainan acara yang dianjurkan pada kali ini adalah bagi memenuhi aktiviti yang sesuai untuk semua lapisan umur dan bangsa.
"Selain dapat berkumpul seisi keluarga dalam menyertai acara, masyarakat juga boleh membeli-belah dengan selesa di Datum Jelatek Shopping Centre,” ujarnya.