UMNO kekal pertahan kepentingan Islam

Iklan
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - UMNO memberi jaminan untuk terus mempertahankan kepentingan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan parti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, orang politik hanya boleh bermain dengan sentimen berkenaan dan teruskan berpolemik.

Iklan
Iklan

Namun ujarnya, benteng terakhir kedudukan dan kepentingan agama itu terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong dan sultan.

"Alhamdulillah Sultan Selangor yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) turut bersuara menempelak cadangan (Datuk) Ngeh Koo Ham supaya pakar bukan Islam dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Khas mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat.

Tangkap layar hantaran di laman Facebook Asyraf Wajdi

Iklan

Sebelum ini kenyataan Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas mengundang reaksi pelbagai pihak terutama daripada pembangkang dan parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Susulan itu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negara ini khususnya mereka yang bukan beragama Islam untuk menghormati dan tidak mencampuri urusan hal ehwal agama Islam.

Iklan

Baginda bertitah, MKI dianggotai oleh pakar-pakar yang arif dalam pelbagai bidang khususnya undang-undang dan agama Islam selain memegang amanah serta tanggungjawab melaksanakan hal ehwal berkaitan umat Islam.