Amukan alam di seluruh dunia

Iklan
Kebanyakan struktur di Hatay runtuh selepas gempa berkekuatan 7.8 skala Richter menggegar tenggara Ankara pada Februari lalu.

PARIS - Bencana alam dan cuaca buruk yang dikaitkan dengan fenomena El Nino mendominasi tajuk berita sepanjang 2023.

Kejadian ekstrem seperti gegaran seismik, banjir, kebakaran hutan besar, kemarau berpanjangan, insiden tanah runtuh, siklon, gelombang haba terburuk dan ribut ganas itu turut menyebabkan puluhan ribu orang hilang tempat tinggal di seluruh dunia.

Perkampungan di lereng Gunung Merapi di Magelang, wilayah Jawa Tengah diselaputi debu vulkanik tebal pada Mac lalu.

Iklan
Iklan

Antara kejadian mengakibatkan kemusnahan besar dan meragut ribuan nyawa adalah siri gempa yang menggegar selatan Turkiye berhampiran sempadan Syria pada Februari dan gegaran kuat di barat Maghribi pada September lalu.

Empangan Baells di perkampungan Cersc, wilayah Bergueda mencecah paras terendah sejak 1990 akibat kemarau teruk di Catalonia pada Mac lalu.

Selain itu, Taufan Doksuri turut menyebabkan hujan luar biasa dan banjir di kira-kira 16 bandar serta wilayah di timur laut China.

Iklan

Ia disusuli dengan Ribut Daniel yang membadai timur Libya dan meninggalkan impak dahsyat.

Selama tiga bulan berturut-turut bermula September, kejadian ribut turut mengakibatkan banjir di Mexico, Hong Kong dan Eropah Barat.

Beijing merekodkan taburan hujan paling tinggi dalam tempoh 140 tahun selepas ibu kota tersebut dilanda Taufan Doksuri pada Ogos lalu.

Iklan

Tanduk Afrika yang menghadapi kemarau panjang juga tidak terkecuali menerima impak El Nino yang menyaksikan rantau tersebut mengalami hujan lebat dan dilanda banjir tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kemarau ekstrem juga menjadi punca utama paras air sungai menurun secara mendadak dan sumber takungan utama lain termasuk hutan hujan Amazon semakin mengering.

Asap tebal akibat kebakaran hutan memenuhi ruang udara di Taman Negara Dadia di wilayah Evros.

Sepanjang tahun ini, Amerika Syarikat (AS) telah dilanda 23 bencana alam yang mengorbankan 253 orang dan menyebabkan kerugian berjumlah lebih AS$57 bilion (RM262.6 bilion), jumlah tertinggi pernah direkodkan.

China juga terpaksa menanggung kos akibat kemusnahan bencana alam berjumlah 308.29 bilion yuan (RM201.1 bilion) untuk tempoh sembilan bulan pertama 2023.

Seorang sukarelawan mengumpulkan perabot di sebuah rumah yang musnah akibat gempa di bandar Imi N'Tala di luar Marrakesh pada September lalu.

Saintis mendakwa keadaan cuaca luar biasa seperti itu yang berpunca daripada aktiviti tidak terkawal manusia akan menjadi lebih teruk apabila bumi semakin panas disebabkan oleh fenomena pemanasan global dan perubahan iklim.

Banjir besar menyebabkan kemusnahan besar di Derna akibat dibadai Ribut Daniel pada September lalu.

Pada Mei lalu, Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) mengeluarkan amaran bahawa suhu global berkemungkinan meningkat melepasi rekod untuk tempoh lima tahun akan datang.

Penduduk terpaksa meredah banjir selepas jalan raya utama di Mororo musnah.


Tornado ganas mengakibatkan kemusnahan harta benda yang teruk di Madison, Tennessee.

Ia disebabkan oleh peningkatan gas rumah hijau yang akan mencetuskan keadaan cuaca lebih ‘ganas’. - Agensi/AFP