KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendukung penuh titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.
Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook pada Sabtu juga meminta mereka yang bukan beragama Islam untuk menulis kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) jika mempunyai sebarang kemusykilan.