KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia, Riad Asmat meletak jawatan pada Sabtu.
Dalam catatan di Instagram, Riad mengucapkan terima kasih kepada AirAsia dan pasukannya atas sokongan berterusan yang diberikan dalam tempoh baik atau sukar serta berkata:"amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan setiap daripada anda pada sepanjang tahun ini.”
Iklan
Iklan
"Dalam saya berehat sebentar dan beralih kepada kemungkinan peranan penasihat untuk organisasi ini, sila jaga diri selalu.
"Saya tidak begitu percaya pada ucapan selamat tinggal tetapi lebih kepada jumpa lagi nanti. Oleh itu, jumpa lagi nanti,” katanya, sambil menambah beliau gembira dalam setiap perjalanan di AirAsia tanpa ada rasa kesal.
Riad dilantik sebagai CEO AirAsia pada 10 Januari 2018. - Bernama