SIBU - Seorang kerani sebuah syarikat di sini kerugian kira-kira RM240,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan wang dalam talian menerusi sebuah aplikasi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, wanita berusia awal 50-an itu menerima mesej WhatsApp daripada suspek yang mempromosikan pelaburan saham itu melalui aplikasi ‘FTSE VIP’ pada penghujung November lepas.