DBKL diarah banteras ulat tempat letak kenderaan

Iklan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa. Foto Bernama

SHAH ALAM - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membanteras ulat tempat letak kenderaan di sekitar ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, arahan tersebut dibuat berdasarkan aduan yang diterima sejak kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

"Dalam beberapa hari ini, saya lihat banyak keluhan berkenaan isu 'ulat parking' di Kuala Lumpur.

"Saya telah arahkan DBKL untuk tingkatkan pemantauan dan rondaan serta ambil tindakan ke atas aktiviti ulat parking. Tindakan seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X, pada Sabtu.

Iklan

Menurut beliau, arahan tersebut dikeluarkan susulan video tular di media sosial membabitkan seorang pengguna jalan raya diugut untuk membayar caj tempat letak kereta awam di sekitar Bukit Bintang pada waktu malam.

Menerusi video berdurasi 23 saat itu, kereta pengguna tersebut turut dicalarkan ekoran enggan membayar caj RM15 kepada ulat tempat kereta.

Iklan