Banjir: Pemuda Amanah aktifkan pusat kumpul bekalan makanan

Iklan
Sumber gambar menerusi hantaran Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) di Facebook pada Sabtu.

SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mengaktifkan pusat pengumpulan bekalan makanan dan barangan asas kepada mereka yang terkesan banjir di Kelantan.

Pemuda Amanah menerusi hantaran di Facebook berkata, pusat yang beroperasi 24 jam itu memerlukan segera beberapa barangan keperluan seperti lampin pakai buang kanak-kanak dan dewasa, air mineral, selimut, makanan kering serta sardin.

Sumber gambar menerusi hantaran Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) di Facebook pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Orang ramai yang ingin memberikan bantuan boleh menyumbang terus ke akaun Pemuda Amanah menerusi akaun Maybank (5628 3464 3637) dengan rujukan Bantuan Banjir 2023 atau hubungi talian 019-987 7623.

"Semoga sumbangan ini dapat meringankan ujian sedang dihadapi saudara kita yang kini sudah sebulan rumah mereka ditenggelami air.

Sumber gambar menerusi hantaran Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) di Facebook pada Sabtu.

Iklan

"Jutaan terima kasih juga kepada semua penyumbang terutama Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) yang telah memberi 500 pek makanan asas kepada kami pagi tadi,” katanya pada Sabtu.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, jumlah mangsa banjir di lima negeri mencatatkan angka melebihi 27,000 orang sejak Monsun Timur Laut (MTL) melanda negara bermula 11 November lalu.

Sumber gambar menerusi hantaran Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) di Facebook pada Sabtu.

Iklan

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, negeri-negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah dan Pahang dengan mangsa terjejas ditempatkan di 114 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sumber gambar menerusi hantaran Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) di Facebook pada Sabtu.


Tangkap layar hantaran Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menerusi Facebook pada Sabtu.

Menurutnya, Kelantan mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi melibatkan tujuh jajahan terjejas banjir iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Kota Bharu, Gua Musang, Machang, Kuala Krai dan Jeli.