Mengikis mentaliti subsidi
Iklan
ESOK kita berada di hari pertama tahun baharu 2024. Kedatangan tahun baharu lazimnya diiringi dengan azam baharu, sekalipun ada antara azam tahun 2023 belum tertunai lagi.
Tidak mengapa kerana bagi kebanyakan kita membuat azam sempena kedatangan tahun baharu hanyalah sekadar mainan, dalam erti kata orang lain berazam, kita pun berazam.