'Susuk tubuh kurus menunggu'
Iklan
KUANTAN - Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apabila wartawan dikelilingi dengan pengguna dadah yang kelihatan ‘lapar’ untuk menantikan sesi demonstrasi suntikan bahan terlarang itu ke dalam tubuh mereka.
Situasi itu berlaku apabila penulis yang mengikuti Program Pertukaran Jarum Suntikan atau Picagari Terpakai (NSEP) di sini dibenarkan masuk ke ‘port’ jual beli dan tempat menghisap dadah.