Bos Red Bull jangka saingan F1 2024 lebih sengit

Iklan
Horner. Foto: Agensi

BOS Red Bull, Christian Horner percaya saingan Formula Satu (F1) pada musim baharu yang dijadual bermula pada Mac bakal lebih sengit dan mencabar.

Ketika pelumba sensasinya, Max Verstappen dilihat berpeluang mengulangi kejuaraan seperti musim ini, Horner mengakui berasa ragu dengan perubahan yang bakal berlaku melibatkan jentera dan pemandu.

Iklan
Iklan

"Musim ini, saya ragu sama ada ia akan berulang lagi dalam hidup saya," katanya.

Mungkin angan-angan untuk menjangkakan perubahan besar di barisan hadapan itu agak sukar dengan Verstappen hanya akan menjadi lebih baik bersama rakan sepasukan Sergio Perez.

Iklan

Malah ia tidak menimbulkan ancaman tetapi Red Bull juga menyedari mereka mungkin tidak akan melakukannya dengan begitu baik lagi musim depan.

Pesaing, pemegang hak komersial Liberty Media dan berjuta-juta peminat berharap untuk melihat lebih banyak saingan merebut podium apabila perlumbaan membuka tirai di Bahrain pada Mac depan.

Iklan

Cetus persoalan sama ada persaingan sengit itu akan berlaku tiada siapa mempunyai jawapan sebelum kereta dan tayar baharu diuji.

Ketidakpastian itu menimbulkan beberapa ketegangan menjelang cuti musim sejuk ini.

"Saya fikir demi peminat dan F1, malah untuk Red Bull, sejujurnya, kita bukan sahaja memerlukan McLaren tetapi Ferrari, Aston Martin, Mercedes dan semua pasukan untuk merapatkan jurang,” ujar pengulas Sky TV dan bekas pelumba Martin Brundle.