SPRM tekad bantu negara capai sifar rasuah 2024

Iklan
Azam Baki

SHAH ALAM - Warga kerja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diingatkan sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran dalam tuntutan tugas seiring dengan perkembangan zaman.

Ketua Pengarahnya Tan Sri Azam Baki berkata, saban tahun warga SPRM sentiasa berhadapan dengan cabaran krisis dan tuntutan kerja baharu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, semua ini menuntut perubahan dalam cara bekerja, berfikir serta bertindak.

"Jadi amat penting untuk kita berubah serta terokai perkara baharu, tinggalkan yang lapuk, baiki yang silap dan paling penting hindari perkara yang salah.

Iklan

"Warga SPRM diingatkan agar meningkatkan integriti kemahiran dan pengetahuan masing-masing agar masa sama dapat mencapai misi dan visi pasukan," katanya menerusi ucapan khas sempena sambutan Tahun Baharu 2024 menerusi halaman Facebook rasmi SPRM pada Ahad.

Katanya, pihaknya turut menetapkan beberapa fokus dan tekad bagi memastikan SPRM terus relevan dan efektif.

Iklan

"Saya mendoakan agar tahun ini adalah tahun yang cemerlang untuk SPRM, bermula 2024 ada beberapa fokus serta azam ditetapkan dalam gerak kerja membantu negara mencapai negara sifar rasuah.

"Bukan itu sahaja malahan, SPRM turut bertekad untuk mengurangkan ketirisan dana dan meningkatkan ekonomi negara," katanya.