Jentera unik dari Durian Metangau curi tumpuan

Iklan
Amirul Faris menaiki jentera penyembur baja organik ketika meredah banjir di Durian Mentangau.

DUNGUN - Idea kreatif seorang pengusaha sawah padi organik menaiki sebuah jentera unik ketika meredah sebuah kawasan dinaiki air di Durian Mentangau, dekat sini mencuri tumpuan orang ramai terutama pengguna media sosial apabila video tersebut tular baru-baru ini.

Amirul Faris Zaidi, 29, berkata, ketika itu dia dalam perjalanan untuk melihat keadaan sawah yang diusahakan bersama adiknya, Amirul Naim Zaidi, 28, ditenggelami air akibat banjir.

Amirul Faris (kanan) bersama adiknya Amirul Naim (kiri).

Iklan
Iklan

Menurutnya, jentera kelihatan unik dan pelik itu merupakan sebuah jentera penyembur baja organik yang digunakan di sawah padi.

"Saya guna jentera ini untuk lihat keadaan sawah selain menghantar makanan kepada pekerja di sana serta menyelesaikan urusan-urusan di ladang termasuk pembungkusan beras dan sebagainya.

Iklan

"Tak sangka video itu jadi tular... saya naik jentera tersebut sebab laluan nak pergi ke ladang dinaiki air.

"Jadi lebih mudah dan selamat jika naik jentera ini pergi ke ladang yang terletak di Kampung Durian Metangau," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.

Iklan

Mengulas lanjut, graduan ijazah bidang kejuruteraan awam itu berkata, dia akan mula membajak sawah pada tahun depan selepas berakhirnya musim banjir.

"Saya mengusahakan tanaman padi dengan menghasilkan beras organik yang diberi nama Qudsi Organic yang boleh dijual secara dalam talian di TikTok dan Shopee.

"Jadi jentera ini digunakan untuk menyembur baja organik di tanah yang diusahakan di mana ia (jentera) dibeli dengan anggaran RM20,000 pada tahun lepas.

"Saya tidak guna jentera ini untuk redah banjir cuma kebetulan masa itu saya nak pergi ke sawah tapi kawasan dilanda banjir dan tak sangka ia jadi viral di media sosial," jelasnya.

Kemunculan jentera unik itu ketika meredah air banjir menarik perhatian netizen selepas video berkenaan tular di laman sosial sejak beberapa hari lepas.

Rata-rata netizen memberikan komen dengan bertanyakan tentang kewujudan kenderaan tersebut yang dilihat unik selain memuji idea kreatif membawa jentera tersebut ketika meredah banjir.