GAZA - Bekas Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin, Sheikh Yousef Salama terbunuh pada pagi Ahad dalam serangan udara Israel ke atas rumahnya di kem pelarian al-Maghazi di tengah Semenanjung Gaza.
Pewarta Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan pesawat pejuang Israel menyasarkan kediaman Sheikh Yousef yang juga pendakwah Masjid Al-Aqsa, mengakibatkan kematiannya dan kecederaan beberapa orang ahli keluarganya.