Langkah Dubai tak mungkin jadi realiti
Iklan
SHAH ALAM - Cubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Langkah Dubai disifatkan sebagai hanya tindakan yang membuang masa, ibarat mimpi di siang hari kerana hampir mustahil direalisasikan dalam masa terdekat.
Pensyarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, jika usaha itu benar-benar wujud, ia masih sukar dilaksanakan kerana tiga sebab, termasuk penguatkuasaan Akta Perlembagaan (Pindaan)(No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang ahli Dewan Rakyat bertukar parti bermula 5 Oktober tahun lalu.