Kerajaan perlu bertegas dengan AS, desak henti kezaliman Israel - Tun M

Iklan
Dr Mahathir ketika berucap pada malam kemuncak piket aman ‘Kepung Demi Palestin’ berhadapan Kedutaan AS pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap Amerika Syarikat (AS) yang dilihat menyokong Israel meskipun Malaysia perlu ada hubungan dagangan dengan negara itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ada cara lain untuk menunjukkan Malaysia menolak sikap AS dalam pembunuhan bangsa Palestin.

Iklan
Iklan

"Ya, memang kita perlu ada hubungan dengan mereka kerana dagangan, tetapi walaupun demikian ada cara lain menunjukkan kita tolak sikap AS dalam pembunuhan orang Palestin.

"Saya gembira kerana semua daripada kita tak kira bangsa, parti dan NGO mempunyai pendirian yang sama dalam isu ini.

Iklan

"Kita semua menolak sikap Israel dan AS yang membunuh orang Palestin secara terangan serta mencuba menghapuskan bangsa Palestin,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada malam kemuncak piket aman ‘Kepung Demi Palestin’ berhadapan Kedutaan AS di sini pada Ahad.

Iklan

Tegas beliau, Israel juga tidak akan selamat dengan hanya membunuh rakyat Palestin.

"Bangsa Palestin tidak dapat dihapuskan, anak mereka akan besar dan tidak akan lupa kezaliman yang dibuat terhadap bangsa mereka dan saya yakin sampai bila-bila pun orang Israel tidak akan selamat,” katanya.

Dr Mahathir dalam pada itu yakin Israel semakin berani bertindak zalim kerana disokong dan didokong oleh AS.

"AS terlibat dalam pembunuhan orang Palestin. Saya percaya perpaduan kita di Malaysia ini menentang Israel, AS akan berterusan," katanya.

Tambahnya lagi, kekejaman Israel dilihat lebih teruk daripada Nazi dan lebih buruk daripada binatang.

"Ini kerana binatang membunuh kerana lapar (mencari makan), Israel membunuh kerana ingin membunuh," katanya.

Beliau dalam pada itu menyeru supaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini konsisten melakukan boikot terhadap mana-mana produk keluaran Israel dan sekutunya.

"Saya harap kita akan terus bertindak memboikot segala keluaran Israel dan orang-orang zionis,” ujarnya.