SEMARANG - INDONESIA. Mengaku sultan dan menjanjikan syurga kepada mangsanya.
Itu taktik lelaki berusia 53 tahun untuk terus melempiaskan nafsu serakahnyan ke atas seorang gadis bawah umur di Jawa Tengah.
"Pelaku memberi jaminan mangsa dan ahli keluarganya yang lain akan masuk syurga dan dijauhi api neraka, jika melayani kemahuannya.
"Akhirnya, berlakulah persetubuhan antara pelaku dan mangsa sebanyak tiga kali," kata Ketua Siasatan Jenayah Kebumen, Asisten Komisioner Edy Istanto.
Menurut Edy, pelaku dikenali sebagai Hasanudin turut menggunakan nama samaran Kiai Syawal.
Tambah Edy, untuk meneruskan niat jahatnya, pelaku berkahwin dengan mangsa tanpa pengetahuan ibu-bapa kanak-kanak terbabit.
"Selepas bernikah, pelaku melakukan hubungan seks dengan mangsa di rumahnya.
"Sebaik perkara itu terbongkar, ibu-bapa mangsa melaporkan kejadian tersebut kepada polis sehingga membawa penangkapan suspek" kata Edy.
Pelaku yang sudah mempunyai empat isteri dan 17 anak itu mengaku belajar ilmu ghaib dan mampu mengubati segala jenis penyakit.
Pelaku didakwa mengikut Seksyen 81 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 15 tahun penjara. - Detiknews