Pasangan rancang kahwin tahun ini dicekup berkhalwat

Iklan
Pasangan kekasih yang dikesan gagal menunjukkan dokumen yang sah mempunyai ikatan suami isteri dicekup berdua-duaan dalam sebuah bilik hotel di Gurun, Kedah.

SUNGAI PETANI - Sepasang kekasih yang dicekup di sebuah bilik hotel di Gurun, Kedah dalam Op Ambang Tahun Baru 2024 mendakwa sudah bertunang dan merancang untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Pasangan berusia 35 tahun itu dicekup ketika pegawai penguat kuasa agama membuat serbuan pada jam 11.59 tengah malam Ahad.

Anggota penguat kuasa agama dibantu pihak polis membuat serbuan di lokasi sasaran sekitar daerah Kuala Muda.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati kedua-duanya gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah membuktikan ikatan mahram atau suami isteri.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd Noor Ismardi Ismail berkata, kedua-duanya mengaku sudah bertunang setahun lalu dan merancang bernikah setelah kewangan mencukupi sebelum Ramadan nanti.

Iklan

Kesemua sembilan pasangan dicekup berkhalwat sekitar daerah ini sempena Op Ambang Tahun Baharu yang bermula kira-kira jam 11 malam.

Antara pasangan dicekup sempena Op Ambang Tahun Baru 2024 di sekitar daerah Kuala Muda.

Operasi dilakukan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dibantu beberapa pasukan penguat kuasa agama dari daerah lain, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu membabitkan lokasi panas yang telah dikenal pasti.

Iklan

Kesemua yang dicekup dibawa ke IPD Kuala Muda untuk laporan tangkapan dan tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.