Warga Palestin berdepan 'perang genosid' oleh Israel - Abbas

Iklan
Orang ramai memeriksa kerosakan berikutan pengeboman Israel di Rafah di selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP

RAMALLAH - Rakyat Palestin menghadapi satu 'perang genosid' di tengah-tengah serangan Israel di Semenanjung Gaza, kata Presiden Mahmoud Abbas pada Ahad.

Beliau berkata, ‘perang genosid’ Israel itu tidak akan meruntuhkan tekad Palestin menubuhkan sebuah negara yang merdeka.

Iklan
Iklan

"Kami akan berpegang teguh pada tanah kami dan meneruskan perjuangan sehingga kami mencapai kemenangan dan kemerdekaan,” katanya dalam ucapan sempena ulang tahun ke-59 revolusi Palestin.

Asap tebal memenuhi ruang udara selepas kempen pengeboman terus diperhebatkan di Genting Gaza sejak awal minggu lalu.

Pemimpin Palestin itu menegaskan wilayah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza adalah satu unit geografi yang tidak boleh dipisahkan.

Iklan

Beliau turut menggesa perang Israel di Semenanjung Gaza dihentikan dan penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah terkepung itu dipercepatkan.

"Satu-satunya cara ialah mencari penyelesaian politik berdasarkan resolusi legitimasi antarabangsa dengan mengadakan persidangan damai antarabangsa yang menamatkan pendudukan Israel di semua wilayah Negara Palestin, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya dan kepulangan pelarian mengikut Resolusi PBB 194," kata Abbas.

Iklan

Menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza, serangan Israel sejak 7 Okt membunuh sekurang-kurangnya 21,822 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala 56,451 lagi cedera. - Bernama