APM Kedah sedia hantar Paras ke Pantai Timur

Iklan
Zairil Anuar melihat aset baharu yang diterima APM Kedah baru-baru ini.

ALOR SETAR - Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri Kedah akan menghantar Pasukan Respon Bencana Sokongan (Paras) untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Zairil Anuar Zulmuji berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu arahan dari ibu pejabat untuk penghantaran pasukan berkenaan.

Iklan
Iklan

Katanya, Kelantan menjadi kawasan paling teruk terjejas banjir kali ini berbanding Terengganu dan Pahang yang sudah semakin surut.

"Kawasan yang masih terjejas di Kelantan adalah di Tumpat, Pasir Mas dan Kuala Krai. Malah setakat jam 8 pagi tadi, 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan masih beroperasi menempatkan mangsa banjir di negeri itu," katanya ketika sidang media selepas Program Derma Darah di Pejabat APM Daerah Kota Setar di sini pada Isnin.

Iklan

"Kita bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa diperlukan dan akan sentiasa mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa berhubung situasi banjir di Pantai Timur," katanya.

Dalam pada itu, Zairil Anuar berkata, APM Kedah sudah menerima 33 buah aset baharu untuk kegunaan dalam operasi membabitkan kemalangan atau bencana di negeri ini.

Zairil Anuar (kiri) beramah mesra bersama anggota APM yang menyertai program derma darah di Pejabat APM Daerah Kota Setar di sini pada Isnin.

Iklan

"Aset itu termasuklah, sembilan buah ambulans, 15 buah motosikal, tiga buah kenderaan pacuan empat roda, sebuah lori 10 tan dan tiga kenderaan pentadbiran.

"Ambulans yang dilengkapi dengan peralatan khas yang moden serta siap dengan siren itu mempercepatkan operasi menyelamat dilakukan," katanya.

Jelasnya, kelebihan ambulans itu ialah ia boleh melalui jalan yang sempit dan berbukit serta tidak diturap dengan baik.

"Namun hanya daerah Baling dan Kulim tidak menerima kenderaan ambulans ini manakala daerah lain termasuk Langkawi sudah menerimanya sejak bulan lalu," katanya.