Pemain perlukan rehat

Iklan
Pochettino

PENGENDALI Chelsea, Mauricio Pochettino menggesa Liga Perdana mengutamakan masa rehat pemain-pemain selepas The Blues mengharungi tiga perlawanan dalam tujuh hari.

Beliau berkata, bola sepak merupakan satu-satunya sukan dunia yang menyaksikan pemain bersaing selama 10 hingga 11 bulan.

Iklan
Iklan

"Kadang-kadang kami perlu menguruskan dengan lebih baik cara merehatkan pemain, untuk memberi kemungkinan pemulihan.

"Jika kita bandingkan dengan sukan lain, hanya pemain bola sepak yang bertanding hampir 11 bulan.

"Apabila anda meningkatkan tahap persaingan, bola sepak adalah pantas, pemain berlari lebih banyak. Kami mendorong mereka setiap hari untuk memperbaiki dan memperbaiki keadaan fizikal mereka tetapi mereka perlukan rehat,” katanya.

Iklan

Pochettino, sebelum ini merupakan antara pengendali liga teratas England itu yang terpaksa berdepan dengan krisis kecederaan semasa enam bulan pertama di Stamford Bridge.

Sebagai rekod, kemenangan 3-2 ke atas Luton di Kenilworth Road pada Sabtu, mengakhiri rentetan empat kekalahan di tempat lawan berturut-turut liga merupakan perlawanan kelapan kelan London tersebut Disember.

Iklan

Sementara itu, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA), yang mewakili kepentingan pemain, difahamkan berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang berikutan jumlah perlawanan yang dijangka disertai pasukan.

Perkembangan itu hadir menjelang pelancaran format baharu Liga Juara-Juara yang menyaksikan empat tambahan aksi dalam jadual kelab, ketika Piala Dunia 2026 menampilkan 48 negara buat kali pertama.

Chelsea juga akan mengambil bahagian dalam Piala Dunia Kelab yang diperluaskan yang berlangsung di Amerika Syarikat pada 2025.

Piala Liga Inggeris

Jadual Perlawanan

Separuh Akhir Pertama

Rabu (10 Januari)

Middlesbrough lwn Chelsea, 4 pagi

Khamis (11 Januari)

Liverpool lwn Fulham, 4 pagi