Mangsa banjir terpaksa guna air parit, tadahan hujan cuci rumah

Iklan
Salwani terpaksa menggunakan pelbagai sumber air yang ada untuk membersihkan rumah serta pakaian daripada kotoran banjir.

JELI - Mangsa banjir di Kampung Lubok Bongor, di sini terpaksa menggunakan air parit serta tadahan hujan untuk mencuci rumah selepas bekalan air bersih serta tandak di kawasan itu terputus sejak seminggu lalu.

Penduduk, Salwani Mamat, 36, berkata, sejak pulang dari pusat pemindahan sementara (PPS) dua hari lalu, dia serta penduduk lain terpaksa menggunakan pelbagai sumber air yang ada untuk membersihkan rumah daripada kotoran banjir.

Iklan
Iklan

"Kami di sini berdepan dengan air banjir yang keroh dari Sungai Kelantan, sekali gus menyebabkan kawasan rumah dipenuhi lumpur.

Kamaruzamdan isteri di Kampung Lubok Bongor, Jeli terpaksa memunggah air yang dibekalkan oleh pihak berwajib bagi membersihkan rumah serta pakaian.

"Kalau tidak cuci dengan segera, keadaan akan menjadi lebih buruk lagi. Disebabkan itu saya terpaksa guna air parit," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, banjir gelombang ketiga menyebabkan kawasan di dalam rumah mereka ditenggelami air sedalam 0.3 meter.

Bagi Kamaruzaman Osman, 58, pula dia dan isteri terpaksa memunggah air yang dibekalkan oleh pihak berwajib bagi membersihkan rumah serta pakaian.

Iklan

Dia memberitahu, bekalan air bersih sudah lama tiada, tetapi mereka boleh bergantung harap kepada air tandak.

Ujarnya, namun banjir hari itu menyebabkan paip yang menyalurkan air tandak pecah dan sudah dibaiki sebelumnya namun masih tidak dapat berfungsi.

Abdul Ghafar menggunakan tong untuk mengambil air yang dibekalkan pihak berwajib.

"Setiap kali paras air banjir menurun, saya akan terus mencuci rumah dengan menolak kesemua lumpur keluar bagi memastikan lapisannya tidak terlalu tebal dan banyak," katanya.

Abdul Ghafar Yakub, 55, pula hanya bertahan dengan air tadahan hujan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ujar dia, hanya itu pilihan yang ada selain terpaksa berebut air yang dibekalkan oleh pihak berwajib.