Gempa bumi 7.4 skala Richter landa Jepun, amaran tsunami dikeluarkan

Iklan
Agensi metereologi mengeluarkan amaran peringkat tinggi untuk Ishikawa dan peringkat rendah untuk seluruh pantai barat laut pulau Honshu. - AP Photo/Eugene Hoshiko

TOKYO - [DIKEMAS KINI] Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami peringkat tinggi selepas beberapa siri gempa bumi kuat menggegarkan kawasan barat negara itu pada Isnin.

Siri gempa bumi melanda Ishikawa dan wilayah berdekatan, dengan satu gempa bumi bermagnitud 7.4, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Iklan
Iklan

Agensi berkenaan mengeluarkan amaran tsunami peringkat tinggi untuk Ishikawa dan amaran peringkat rendah untuk seluruh pantai barat laut pulau Honshu.

Agensi media NHK melaporkan Hokuriku Electric Power sedang menyemak sebarang gangguan atau kerosakan di loji tenaga nuklearnya.

Iklan

Ombak setinggi lima meter dipercayai akan sampai ke Noto di Ishikawa, menurut agensi kaji cuaca.

NHK juga menggesa orang ramai untuk melarikan diri ke tanah tinggi atau bangunan tinggi berhampiran secepat mungkin. - Agensi/ Awani

Iklan