Paip bocor, gangguan bekalan air dijangka 21 hari di Besut - SATU

Iklan
SATU mengesahkan gangguan bekalan air yang berlaku di 11 kampung melibatkan Tangki Air Bukit Keluang di daerah ini berpunca daripada kebocoran paip di dasar Sungai Besut berhampiran Jambatan Kampung Lampu, dekat sini. - Gambar hiasan

JERTIH - Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) mengesahkan gangguan bekalan air yang berlaku di 11 kampung melibatkan Tangki Air Bukit Keluang di daerah ini berpunca daripada kebocoran paip di dasar Sungai Besut berhampiran Jambatan Kampung Lampu, dekat sini.

SATU dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan kebocoran paip bersaiz 600mm itu akan mengakibatkan seramai 2,670 akaun pengguna dijangka menghadapi gangguan bekalan air bermula hari ini hingga 21 Januari nanti, sementara kerja baik pulih dijalankan oleh kontraktor yang dilantik.

Iklan
Iklan

Sehingga kini sebanyak enam lori tangki air dan 49 tangki statik sedang ditempatkan di kawasan terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Menurut kenyataan itu, SATU akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi tersebut dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi syarikat berkenaan seperti laman sesawang www.satuwater.com.my, aplikasi MySATU, Facebook, Instagram atau pengguna terlibat boleh hubungi di talian 1300-88-2111 jika mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan. - Bernama

Iklan

Iklan