SHAH ALAM - Gempa bumi kuat dengan magnitud 7.0 dilaporkan berlaku berhampiran Pantai Barat Honshu, Jepun pada jam 3.10 petang Isnin.
Menurut laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kejadian itu terletak di 37.6 darjah selatan dan 137.3 darjah timur dengan jarak 97 kilometer (km) utara dari Toyama, Jepun.
Kejadian gempa bumi tersebut berlaku dengan kedalaman 53 kilometer.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dan MetMalaysia dilaporkan setakat ini.
Sementara itu, Reuters melaporkan, susulan kejadian itu agensi meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami di sepanjang kawasan pantai barat wilayah Ishikawa, Niigata dan Toyama.
Memetik laporan tersebut, gempa bumi dengan magnitud awal 7.6 melanda utara tengah Jepun
"Tsunami setinggi sehingga lima meter dipercayai melanda Noto di Prefektur Ishikawa.
"Badan Penyiaran Jepun (NHK) melaporkan, ombak setinggi lebih satu meter melanda pantai Bandar Wajima di Prefektur Ishikawa," menurut laporan itu.