Kereta dilarang masuk bandaraya York

Iklan
Gambar hiasan

YORK - Majlis Bandaraya York di England telah meluluskan rancangan untuk melarang perjalanan kereta peribadi di tengah bandar itu dalam tempoh tiga tahun akan datang susulan cubaannya menjadi bandar bebas kereta pertama di Britain.

Dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon, pihak berkuasa mahu menghentikan semua perjalanan kereta yang tidak penting bermula 2023.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Bristol mengumumkan rancangannya untuk menjadi bandar pertama di United Kingdom (UK) yang melarang kenderaan diesel tahun depan.

"Maklum balas pertama rakyat adalah sesuatu yang mencemaskan, namun itu tidak bermakna ia bukan perkara yang betul untuk dilakukan. Perasaan orang awam berubah-ubah terutamanya berhubung perubahan iklim," kata ahli majlis, Jonny Crawshaw.

Iklan

Difahamkan, Crawshaw mencadangkan larangan itu dan ia kemudiannya diterima pakai oleh majoriti majlis yang dikendalikan gabungan Parti Demokrat Liberal dan Hijau.

Usul itu kini akan menyediakan cara bagaimana untuk menguatkuasakan larangan tersebut dan ia akan diundi sekali lagi sebelum dilaksanakan.

Iklan

Di bawah cadangan itu, warga emas dan orang kurang upaya yang bergantung kepada kereta mereka akan dikecualikan. - Agensi