Jalan Jeli-Kuala Balah runtuh, 2,000 penduduk terputus hubungan

Iklan
Lebih 2,000 penduduk terputus hubungan selepas jalan Jeli-Kuala Balah berhampiran Kampung Kubur Datuk di Jeli runtuh pada Isnin.

JELI - Lebih 2,000 penduduk terputus hubungan selepas Jalan Jeli-Kuala Balah berhampiran Kampung Kubur Datuk di sini runtuh pada Isnin.

Runtuhan itu dipercayai berlaku sekitar jam 4 petang yang menyaksikan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

Iklan
Iklan

Seorang pengguna, Nadia Natasha Ibrahim, 33, berkata, kejadian itu diketahuinya semasa melalui jalan tersebut untuk pulang ke rumah di Kampung Bukit Jering.

Selain itu, papan tanda amaran turut dipasang bagi mengelakkan orang ramai menggunakan laluan tersebut.

"Situasi itu menyebabkan saya tidak dapat pulang ke rumah selepas menjadi sukarelawan banjir di Kampung Dalam Reka, Lubok Bongor.

Iklan

Menurutnya, tindakan itu terpaksa diambil bagi membolehkannya bekerja pada Selasa.

Sementara itu Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi satu hantaran di laman Facebook memaklumkan laluan tersebut ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan pada Isnin.

Sementara itu Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi satu hantaran di laman Facebook memaklumkan laluan tersebut ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

Iklan

Selain itu, papan tanda amaran turut dipasang bagi mengelakkan orang ramai menggunakan laluan tersebut.