Tsunami 0.4 meter berhampiran loji nuklear terbesar dunia di Jepun

Iklan
Orang ramai berdiri di sebelah jalan yang retak selepas gempa bumi berukuran 7.5 magnitud melanda wilayah Noto di wilayah Ishikawa pada Isnin. - Foto: AFP/ Yomiuri Shimbun

TOKYO - Tsunami setinggi 0.4 meter dicatatkan berhampiran loji kuasa nuklear (NPP) Kashiwazaki-Kariwa di wilayah Niigata, Jepun, kata Tokyo Electric Power Company (TEPCO) pada Isnin.

Jawatankuasa Keselamatan wilayah Fukui berkata, tiada insiden kecemasan direkodkan di kemudahan nuklear terbesar di dunia itu, lapor Sputnik.

Iklan
Iklan

Ancaman tsunami telah dikeluarkan untuk seluruh pantai barat Jepun dari pulau utara Hokkaido ke pulau selatan Kyushu manakala ancaman tsunami besar diisytiharkan di wilayah Ishikawa selepas beberapa gempa bumi.

Sebanyak sembilan gempa bumi dengan magnitud antara 4.3 hingga 7.6 berlaku dari 4.06 waktu tempatan (07:06 GMT) dengan menggegarkan kawasan di wilayah Ishikawa dan Niigata. - Bernama/Sputnik

Iklan
Iklan