Wai Ching mulakan lembaran 2024 penuh bergaya, pecah rekod di China

Iklan
Wai Ching memulakan lembaran 2024 dengan penuh bergaya apabila berjaya menenangi Qingdao Vertical Marathon di China, pada Isnin.

JAGUH pelari menara negara, Soh Wai Ching memulakan lembaran 2024 dengan penuh bergaya apabila berjaya menenangi Qingdao Vertical Marathon di China, pada Isnin.

Wai Ching menamatkan larian mendaki 2,121 anak tangga bagi menawan menara setinggi 81 tingkat itu dengan rekod baharu iaitu 12 minit dan 17 saat.

Iklan
Iklan

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan pelari berusia 29 tahun memecah rekod kejohanan yang sebelum ini dipegang pelari tempatan Shi Ai Ai dengan catatan masa 12:45 saat untuk menawan menara setinggi 331 meter itu.

"Gembira apabila muncul juara juara keseluruhan tetapi paling gembira kerana dapat pecahkan rekod lampau kerana saya memang menyasarkan untuk melakukan pecah rekod.

Iklan

"Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan. Saya akan mengekalkan semangat juang sebegini sepanjang 2024," katanya dalam satu kenyataan. - Bernama

Iklan