Dataran Ibu Pertiwi ikon baharu Kuching

Iklan
Tiang bendera negeri Sarawak yang kini dikenali sebagai ‘Ibu Pertiwi’ mempunyai ketinggian 99 Meter itu diiktiraf oleh Malaysia Book of Record (MBOR) sebagai tertinggi di Asia Tenggara. - Foto Bernama

KUCHING - Dataran Ibu Pertiwi yang menempatkan tiang bendera Sarawak setinggi 99 meter menjadi ikon baharu di Bandar Raya Kuching.

Dataran yang terletak berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Tebingan Kuching itu dilancarkan Premier, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis sambutan ambang tahun baharu peringkat negeri Sarawak semalam.

Iklan
Iklan

Kos pembinaan monumen itu telah disumbang syarikat Petroleum Sarawak Bhd (Petros), Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Shell menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Abang Johari yang membuat lawatan ke dataran ikonik itu pada Isnin berkata, dataran itu diharap mampu menjadi daya tarikan baharu buat pelancong untuk ke Kuching.

Iklan

"Kita juga akan mempamerkan sejarah ketiga-tiga syarikat minyak (Petros, Petronas dan Shell) di dataran ini nanti selain boleh membaca latar belakang sejarah pembangunan ekonomi Sarawak.

Di sini juga ada restoran yang boleh memberi kemudahan buat pelancong untuk makan serta menikmati pemandangan,” katanya. - Bernama

Iklan